Harapan

Assalammualaikum ,
akhir nya ienaa kembali , sekian lama ienaa menyepi akhir nya kembali jua. 
almaklumlah  sekarang ni dah semakin busy lah kata kan. 

Alhamdulillah , kini ienaa sudah berada di universiti , untuk menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda lebih mudah dipanggil 'degree'. lepas habis pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka ienaa dapat tawaran peringkat degree.

ienaa sekarang belajar di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) , Kuala Terengganu . yeah ! officially sekerang ni ienaa dah jadi orang Terengganu selama 3 tahun atau lebih . hehehehehe , kita hanya merancang tuhan yang menentukan segala nye .



ienaa sambung pengajian dalam Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) . walaupun pada asal nye bidang yang ienaa pilih lebih kearah perakaunan . tapi itu lah yang ienaa kata kan yang ienaa hanya mampu merancang tuhan yang menentukannya . dimana ienaa dapat sambung belajar dalam bidang ekonomi . 


ThE Part Of mY LiFe <3



tipu lah kan kalo kata tak terkilan , sebab course yang kite nak tak dapat kan . course yang kite tak nak tu lah kite akan dapat,  alhamdulillah ienaa ada mak dan abah yang banyak beri sokongan dan semangat dalam hidup ienaa .mak mungkin memahami ienaa berasa kecewa sebab apa yang diimpikan itu ienaa tak dapat. mak banyak bagi sokongan supaya dapat terima apa yang kite dapat. kata mak 'mungkin ada hikmah disebalik semua ini' 'mungkin ada sebab kenapa ienaa tak dapat apa yang ienaa nak dan apa yang ienaa tak nak lah ienaa akan dapat' 

orang yang paling bahagia bile ienaa dapat tawaran masuk ke universiti ofcourse lah mak dan abah, satu - satu anak harapan nya berjaya masuk ke universiti. berkat doa mak dan abah juga lah ienaa dapat berada di mana ienaa berada sekarang ni . tanpa mak dan abah mungkin ienaa juga tak dapat sampai ke tahap ni. dahulu kala ienaa terfikir ienaa takut ienaa tak boleh nak bangga dan bahagiakan mak dan abah . zaman semakin maju dan semakin susah . ienaa takut ienaa tak boleh nak ke tahap seterusnya . tapi sekarang ienaa yakin ienaa boleh bangga dan bahagiakan mak dan abah . apa yang harapkan adalah doa yang sentiasa ada untuk ienaa .ienaa tahu mungkin susah untuk mak dan abah nak lepas kan satu - satu anak perempuan nya duduk jauh dari keluarga , tapi kerana belajar mak dan abah kena terima duduk berjauhan dengan anak nye ini.

nak membangga kan dan beri kebahagian kepada mak dan abah bukan lah perkara yang mudah , cukup lah selama ni ienaa dah banyak menyusahkan mak dan abah. abah dan mak sanggup habis kan duit untuk pembelajaran ienaa dari zaman sekolah ->  matrikulasi -> universiti . tugas ku hanya lah belajar dan tak perlu bersusah payah untuk mencari duit untuk sambung pengajian . 

InsyaAllah Mak Abah  , ienaa akan cuba sedaya upaya untuk terus belajar dan dapat banggakan mak dan abah . ienaa akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mak dan abah :)


My Family



Tahniah Uncle Zul & Aunty Syakiela

assalammualaikum . . .
pe khabar semua ?

hari ni ienaa nak cita yang sabtu lepas berlansunglah majlis perkahwinan pakcik sedara ienaa . kalau korang semua fikir mesti pakcik ienaa tu dah tua kan baru nak kawin . hhmmm .. jangan salah sangka tau pakcik ienaa tu baru berumur 28 tahun (agaknye lah) . . muda kan pakcik ienaa . huhuhuhu . .sebenarnye uncle zul ialah sepupu abah ienaa lah . 

Majlis pernikahan berlangsung pada hari jumaat 3/5/2013 . cadang nya selepas sembahyang jumaat dalam pukul 3.30 lah kan.  mungkin disebabkan kami agak lambat sedikit so sampai pun lambat lah sikit . selama ni ada pernah juga berada di majlis akad nikah . tapi tak ada lah nervous. tapi masa uncle zul nak nikah ni punya nervous tu jgn cakap lah . macam ienaa pula yang nak kawin kan . hehehehe. alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar sekali dengan izin allah tiada apa - apa berlaku . tapi kan ienaa tak pernah pula menghadiri majlis pernikahan yang begitu sedih sampai hampir ienaa mengalirkan air mata tapi tak jatuh pun air mata tu . still steady lagi lah kan . masa tu lah terfikir macam mana lah agak nye ienaa nanti kan . mesti lagi sedih kut sebab ienaa sorang je anak perempaun dalam keluarga ienaa . eerrrmmmm . . apa - apa pun kita terima je lah kan . .


'aku terima nikahnya ...... ' alhamdulillah hanya sekali lafaz dengan penuh keyakinan :)
terpancar wajah kecerian nya

pembatalan air sembahyang :)

family uncle Zul

family aunty Syakiela


keesokkan hari nya pada hari sabtu 4/5/2013 berlangsung majlis perkahwinan uncle Zul . majlis ini hanya buat sekali sahaja di ulu tiram, johor bahru di rumah pengantin perempaun .  senang kan sekali kan je lah . tak payah susah nak difikir kan nya lagi . tema nya wana tarqouis tapi ienaa mengenakan baju kurung apa ntah nama nye dengan wana tema hitam putih . sangat lah lari daripada tema majlis tu . . dah kite tak tau kan . nak buat macam mana . pakai je lah baju apa yang ada . .yang lebih seronok tu wana tema pakaian ienaa sama pula dengan bunga telur kami . memang ienaa lah yang membawa nya kan . pelbagai gelagat yang ienaa jumpa . yang paling best sekali ienaa tak tau pula yang majlis kat Johor ni rupa nya kalau pengantin lelaki datang ke rumah perempuan pihak perempuan akan mengenakan tol rupa nya . banyak jugak lah yang uncle Zul kena keluar kan duit , terutama mak andam nye . mmg kaw - kaw lah uncle Zul kena . heheheheh . tapi cuaca agak kurang baik sebab hujan sekejap . tapi anggap sahaja hujan rahmat untuk penggantin kan . .

beratnya bunga telur ni memang tersangat lah . 

lihat lah siapa yg depan sekali tu ? memang sangat lah malu kan .

bertapa ceria nye wajah uncle Zul

rombongan pihak lelaki

sesi menepung tawar (mcmtukut)

makan beradab

pihak lelaki menjamu selera

gelagat kami :)


tiga dara yang mesti wajib bergambar dengan pengantin

free style !

kami bertiga memang tidak boleh dipisahkan :)

bersama maksu anan . .adik Uncle Zul :) beza dengan ienaa setahun je , tapi sangat matured dan cantik . .



apa yang ienaa harapkan semoga allah memberkati penggantin dan merahmati rumah tangga yang telah dibina  oleh uncle Zul dan aunty Syakiela . . 

SELAMAT PENGANTIN BARU

UNCLE ZUL & AUNTY SYAKIELA